Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    6 maut, trak minyak meletup

    SABHA, LIBYA, 1 OGOS – Kira-kira enam terkorban manakala puluhan lagi cedera hari ini apabila sebuah trak minyak meletup di barat daya Libya, kata paramedik.

    Punca sebenar letupan itu masih belum jelas.

    Ia berlaku semasa khalayak ramai mengerumuni trak minyak itu ketika ia menuju ke stesen minyak untuk mengisi bekalan di daerah Bent Bayyah.

    Berlakunya rempuhan, disusuli letupan besar yang membakar beberapa buah kereta, menurut imej yang disiarkan dalam online.

    Seorang pegawai di hospital utama di Sebha, bandar utama selatan Libya, memberitahu AFP, enam orang meninggal dunia.

    Pengurusan hospital berkata dalam Facebook, ‘lebih 50 cedera telah dimasukkan ke hospital Sebha’.

    Kebanyakan yang cedera dalam keadaan kritikal, kata sumber keselamatan di Sebha, ratusan kilometer ke selatan bandar Tripoli.

    Perdana Menteri sementara, Abdulhamid Dbeibah berkata kerajaannya memantau insiden tersebut.

    “Kami telah mengarahkan pusat krisis untuk memindahkan segera mangsa cedera ke hospital utama,” katanya.

    Libya mempunyai simpanan minyak terbesar di Afrika, namun rasuah dan kecurian bagi penyeludupan ke negara jiran bermaksud stesen mereka sering kehabisan minyak. – AFP

    Paramedik merawat lelaki cedera yang terlibat insiden letupan trak minyak, di Libya pada 1 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...