Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    6 mayat dipercayai pendatang ditemui di pulau Lesbos

    PULAU LESBOS, GREECE, 1 MAC – Pihak berkuasa Greece berkata hari ini enam mayat yang dipercayai pendatang asing ditemui di luar pulau Lesbos, ketika Athens dituduh melakukan pencabulan hak asasi terhadap ketibaan tanpa diundang itu.

    Pengawal pantai Greece berkata empat mayat ditemui di pantai berhampiran pelabuhan Mytilene dan dua lagi telah dikeluarkan dari kawasan air.

    Mayat tiga lelaki dan tiga wanita dipindahkan ke hospital Lesbos untuk bedah siasat, tambah pengawal pantai, selepas tiga bot peronda polis dan sebuah helikopter mengambil bahagian dalam pencarian.

    Sementara itu, mangsa adalah orang asing, kata pengawal pantai dan pencarian masih diteruskan bagi kemungkinan terdapatnya mangsa lain dan kapal mereka.

    Lesbos, sebuah pulau Laut Aegean berhampiran pantai barat Turki, merupakan zon transit yang lazim bagi pendatang yang melancong ke Eropah barat dari Asia dan Timur Tengah.

    Greece telah mengetatkan pemeriksaan dan mengehadkan ketibaan pendatang di pulau Aegean sejak beberapa tahun kebelakangan ini atas sokongan agensi sempadan Kesatuan Eropah (EU), Frontex.

    Ketua agensi pelarian PBB UNHCR bulan lalu menyuarakan kebimbangan mengenai laporan bahawa Greece terlibat dalam hampir 540 insiden kepulangan tidak rasmi bagi pendatang di sempadan darat dan lautnya dengan Turki sejak 2020.

    Kerajaan Greece sentiasa menafikan melakukan penolakan haram terhadap pendatang.

    Di samping itu, hampir satu juta orang melalui pulau-pulau Greece untuk sampai ke Eropah barat pada kemuncak krisis pendatang Eropah pada 2015. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...