6 mayat ditemukan di lokasi pesawat nahas

KHABAROVSK, RUSIA, 23 SEPT – Anggota mencari dan menyelamat menemukan mayat kru pesawat An-26 Rusia yang terhempas di wilayah Khabarovsk, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan kepada Sputnik hari ini.

Pesawat membawa enam penumpang itu hilang dari radar, kelmarin. Bangkai pesawat dijumpai berhampiran pusat peranginan ski di wilayah Khabarovsk.

“Pada 10:55 waktu Moscow (07:55 GMT), anggota penyelamat meninggalkan lokasi nahas. Semua anak kapal yang sudah ditemukan meninggal dunia,” kata jurucakap itu.

Pesawat itu dilaporkan hilang dari radar sekitar 38 kilometer (km) barat daya Khabarovsk, kelmarin, dan nahas dipercayai akibat cuaca buruk.

Jabatan Rizab Perhutanan wilayah mengesahkan bangkai pesawat dijumpai kira-kira 3km dari penempatan Korfovsky di Rizab Hutan Bolshekhekhtsirsky. – Bernama