Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 pelancong cedera, belon udara panas jatuh

    DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Jan – Para penyiasat di Emiriah Arab Bersatu sedang menyiasat punca belon udara panas yang jatuh mendadak dari udara, mencederakan enam pelancong di dalamnya.

    Polis di emiriah Sharjah berkata hari ini yang belon itu jatuh ke tanah pada pagi Sabtu ketika ia terbang di sebuah gurun berhampiran bandar kecil al-Madam.

    Polis berkata enam warga Eropah dan pelancong Asia mengalami tahap cedera ringan hingga cedera parah dan sedang dirawat di sebuah hospital. Kerakyatan mangsa tidak dinyatakan.

    Sharjah adalah salah satu dari tujuh negara syeikh dalam persekutuan UAE, yang dikukuhkan oleh sebuah bandar yang sama nama bersebelahan dengan Dubai.

    Beberapa orang mengalami kecederaan ringan apabila belon udara panas terhempas di gurun luar Dubai Februari lepas. – AP

    Gambar yang disiarkan oleh polis Sharjah pada 14 Januari, menunjukkan belon yang membawa pelancong Asia dan Eropah jatuh di bandar kecil al-Madam, UAE. – AP
    Gambar yang disiarkan oleh polis Sharjah pada 14 Januari, menunjukkan belon yang membawa pelancong Asia dan Eropah jatuh di bandar kecil al-Madam, UAE. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda