6 pemain positif COVID-19 menjelang kejohanan AFC

KUALA LUMPUR, 13 SEPT – Seramai enam orang pemain bola sepak dari dua buah negara telah diuji positif dijangkiti COVID-19, menurut kenyataan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), apabila perlawanan Liga Juara-Juara AFC bakal berlangsung di Qatar pada Isnin.

Kejohanan tahunan bakal di-sambung semula selepas digantung selama enam bulan sejak Mac.

AFC berkata lima orang pemain dari kelab Arab Saudi, Al Hilal dan seorang lagi dari kelab berpangkalan di Qatar, Al Duhail telah dijangkiti virus selepas menjalani ujian yang diwajibkan terhadap semua pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan dari rantau barat.

“Mereka yang diuji positif berada di bawah pemantauan perubatan dan menjalani pengasingan diri,” menurut AFC dalam satu kenyataan.

Mereka menambah seorang ahli pengurusan pasukan Al Hilal turut dijangkiti koroanvirus. Identiti kesemua tujuh pemain yang dijangkiti tidak didedahkan.

Berita tersebut dimaklumkan selepas AFC berkata ‘beberapa orang ahli’ dari kelab yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al Wahda FC, yang berada di kedudukan kedua dalam kumpulan A, telah disahkan positif dijangkiti virus.

Pegawai sukan UAE meminta agar perlawanan peringkat kumpulan ditunda, menurut AFC, tetapi permintaan tersebut ditolak selepas kebanyakan pasukan telah tiba di Qatar. – AFP