Friday, December 6, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 pemenang Kempen Pay Ding! Win! dirai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Enam orang pemenang bertuah Kempen Pay Ding! Win! telah diraikan pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Ibu Pejabat Progresif, hari ini.

    Setelah dua bulan pelancaran e-dompet Progresif, Ding! Progresif mengumumkan berakhirnya Kempen Pay Ding! Win! pada 30 September lalu dengan enam orang pemenang terpilih dalam cabutan akhir.

    Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Komersial dan Inovasi, Awang Adi Iskandar bin Haji Basri.

    Para pemenang, Haji Mohammad Za’im Masduqi bin Haji Abdul Manaf telah membawa pulang iPhone 16, manakala Pengiran Muhammad Fakhri bin Pengiran Abdullah Sani, Dayang Nur Aishah binti Abdul Rahman @ Liew Chu Seng, Pengiran Haji Mohammad Fakhri bin Pengiran Haji Ahmad, Awang Abdul Azim bin Haji Zulkifli dan Haji Mohammed Hazim bin Haji Abu Bakar masing-masing memenangi hadiah berupa Ding! Cash $100.

    Naib Presiden Inovasi Digital, Komersial dan Inovasi, Awang Mohammad Haziq bin Haji Mohd Sharip menyatakan selain memberikan kesalinghubungan kepada pelanggan Progresif, pihaknya juga berhasrat menjadikan pembayaran digital lebih mudah dan boleh diakses dengan membolehkan pelanggannya melakukan lebih banyak perkara dengan talian Progresif mereka.

    Awang Adi Iskandar menyampaikan hadiah iPhone 16 kepada Haji Mohamad Za’im Masduqi yang diwakili oleh Dayang Noorkamaliah binti Ismail. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Pihak pengurusan kanan Progresif bergambar ramai dengan para pemenang bertuah yang diraikan di majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Kempen yang berakhir itu juga meraikan penyertaan luar biasa yang menunjukkan pelanggan mereka telah menerima pakai penyelesaian pembayaran digital tempatan, Ding! Beliau menyatakan kejayaan penglibatan para pelanggan berkenaan menunjukkan bahawa pembayaran digital semakin popular dalam masyarakat kita.

    “Kami sangat terharu dengan sambutan daripada pelanggan kami sejak pelancaran Ding!. Sokongan yang kami terima adalah luar biasa dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang mengambil bahagian dalam kempen ini,” tambah Awang Mohammad Haziq.

    Dikuasakan oleh aplikasi Progresif Care+, yang telah dianugerahkan inisiatif pembayaran terbaik oleh Asia Communication Awards, Ding! menawarkan penyelesaian pembayaran yang lancar dan selamat yang membolehkan pengguna melakukan transaksi digital tanpa memerlukan akaun bank tradisional.

    Inisiatif terkini Progresif, Ding! bermatlamat untuk menghubungkan jurang dengan menyediakan peralatan kewangan yang mudah diakses dan selamat bagi semua pelanggan dan rakan kongsi tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka.

    Komited untuk menawarkan perkhidmatan kewangan kepada golongan tidak berbank, Ding! menawarkan penyelesaian pembayaran digital yang lancar dan mesra pengguna. Ding! membolehkan pengguna menambah nilai dompet mereka dengan kredit prabayar atau mengenakan bayaran kepada bil pascabayar mereka, menyokong transaksi imbas-dan-bayar segera serta memastikan kemudahan penggunaan kepada semua termasuk mereka masih baru dengan pembayaran digital.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda