Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    6 pemenang kuiz sempena HK ke-38 terima hadiah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MAC – Enam pemenang Kuiz Webinar Forum Bersama Belia sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 menerima hadiah mereka di Majlis Penyampaian Hadiah Kuiz Webinar Forum Bersama Belia yang berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.

    Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah, Awang Mohd Faisal bin Haji Mat Salleh.

    Majlis penyampaian hadiah dihadiri oleh Ahli Majlis Mesyuarat Negara dan Yang Di-Pertua Majlis Belia Brunei (MBB), Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Pusat Sejarah Brunei, wakil Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR), wakil MBB dan ahli jawatankuasa Webinar.

    Terdahulu dalam kata alu-aluannya, Awang Mohd Faisal berkata Webinar Forum Bersama Belia telah disertai oleh seramai 155 orang peserta di mana isi kandungan forum menekankan perjuangan menuju kepada kemerdekaan negara adalah sangat penting untuk dikenang dan dijadikan iktibar.

    “Manakala bagaimana untuk mempertahankannya pula adalah merupakan tanggungjawab yang mesti dipikul dan dijinjing oleh semua lapisan masyarakat di negara ini khususnya para belia yang berperanan sebagai ejen siaga perubahan masa depan bagi pembangunan dan kemajuan negara dalam mencapai matlamat Wawasan Negara 2035,” katanya lagi.

    Dalam majlis berkenaan, Awang Mohd Faisal menyampaikan hadiah kepada para pemenang kuiz iaitu Awang Abdul Aziz Mohamed Ali bin Abdullah Mohamed Ali; Yang Berhormat Dayang Khairunnisa; Dayang Nur Afina binti Haji Adam; Dayang Siti Nurshafiqah Adrianna binti Haji Mohd Fouzan; Dayang Siti Rabiatul Asyiqin binti Mohd Said dan Awang Muhd Othmali Harlif Adie Firdaus bin Othman.

    Kuiz Webinar Forum Bersama Belia merupakan aktiviti sampingan bagi Webinar Forum Bersama Belia sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-38 yang dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama PESEBAR dan MBB pada 5 Mac lalu.

    Seramai 58 orang peserta forum mengikuti kuiz tersebut dan daripada jumlah berkenaan, enam orang telah dipilih sebagai pemenang kuiz di mana pemilihan pemenang adalah berdasarkan jumlah markah tertinggi yang diperoleh dengan pemenang-pemenang kuiz menerima hadiah serta sijil penghargaan.

    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa dan Awang Mohammad Faisal bergambar ramai dengan para pemenang Kuiz Webinar Forum Bersama Belia yang berlangsung di Galeri Sejarah, Pusat Sejarah Brunei, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...