Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    6 pemimpin belia ke China sertai program kepimpinan

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Mac – Seramai enam orang pemimpin belia berlepas ke Republik Rakyat China bagi menghadiri Program Latihan Pemimpin Muda ASEAN kali ke-45 di Guangzi Zhuang, dalam Wilayah Yunan yang bermula 20 Mac hingga 16 April 2017.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada rombongan berkenaan ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Haji Noor Jusmin bin Haji Abdul Samad dan wakil Kedutaan Besar Republik Rakyat China di Brunei, Fu Feng Shan.

    Rombongan Negara Brunei Darussalam diketuai oleh Penolong Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Awangku Hussni bin Pengiran Hassan.

    Salah seorang pemimpin belia yang terpilih, Dayang Anna Sophie anak Angi yang merupakan pelajar dari Sekolah IGS di sini ketika ditemui oleh Media Permata berharap menerusi penyertaan dalam program berkenaan beliau akan dapat memperoleh dan mempelajari budaya dan tradisi di China, selain berkongsi maklumat mengenai budaya dan tradisi Brunei yang berkonsepkan Melayu Islam Beraja (MIB).

    Beliau berkata, segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi menerusi perkongsian dengan peserta-peserta negara yang lain dan akan dibawa ke balik ke tanah air untuk dikongsikan bersama belia-belia di Negara Brunei Darussalam.

    Haji Noor Jusmin bersama para peserta ketika membaca doa sebelum berlepas ke China.
    Haji Noor Jusmin bersama para peserta ketika membaca doa sebelum berlepas ke China.

    Program anjuran All-China Youth Federation itu bertujuan meningkatkan hubungan dan persefahaman bersama antara belia Republik Rakyat China dengan negara-negara ASEAN iaitu dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand.

    Sepanjang program dijalankan, para peserta belia akan berpeluang untuk mengikuti beberapa aktiviti seperti menghadiri kuliah, memahami dan mempelajari mengenai kebudayaan dan kesenian Republik Rakyat China, menghadiri International Youth Camp bersama para pelajar universiti di sana, membuat lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Zhuang Cultural Village dan sebagainya. Peserta belia juga berkesempatan untuk lebih memahami tentang organisasi belia di China dan kerja belia serta turut didedahkan kepada pembangunan China dan peluang persahabatan dengan belia-belia China.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda