Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    6 penghidap tiroid saman loji nuklear

    TOKYO, 27 JAN – Enam belia menyaman pengendali loji nuklear Fukushima Jepun hari ini berhubung dakwaan mereka mendapat kanser tiroid disebabkan terdedah kepada radiasi selepas kemudahan itu terjejas akibat dilanda tsunami.

    Kesemua plaintif yang kini berusia 17 dan 27 tahun tinggal di rantau Fukushima ketika gempa bumi kuat melanda wilayah itu pada 1 Mac 2011 sehingga mencetuskan tsunami, sekali gus penyebab kepada bencana nuklear di Jepun.

    Hari ini, peguam mereka berarak ke Mahkamah Daerah Tokyo, di mana puluhan penyokong berkumpul, untuk memfailkan tindakan undang-undang pertama berhubung masalah kesihatan ke atas pengendali loji Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (TEPCO).

    Kumpulan itu menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 616 juta yen (AS$5.4 juta).

    Namun, tiada sebarang hubung kait antara pendedahan radiasi akibat bencana dan kanser tiroid yang diiktiraf oleh panel pakar yang ditubuhkan kerajaan wilayah dan sama ada kaitan yang ada boleh menjadi titik fokus kepada kes berkenaan.

    Laporan PBB yang disiarkan tahun lalu menyimpulkan bahawa bencana nuklear Fukushima tidak secara langsung membahayakan kesihatan penduduk tempatan, sedekad selepas bencana tersebut.

    Kadar tinggi kanser tiroid dikesan ke atas kalangan kanak-kanak yang terdedah kepada radiasi itu kelihatannya disebabkan diagnosis ketat, kata Jawatankuasa Saintifik PBB berhubung Kesan Radiasi Atom.

    Namun peguam-peguam plaintif mengatakan tidak ada penderita kanser itu mewarisi penyakit tersebut, mempertikaikan yang penyakit itu kelihatannya disebabkan pendedahan terhadap radiasi. – AFP

    Penyokong dan peguam bagi enam belia yang tinggal di rantau Fukushima tiba di hadapan mahkamah daerah Tokyo pada 27 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...