Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

6 pesakit COVID-19 meninggal dunia

-

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Enam kes yang disahkan positif COVID-19 telah kembali ke rahmatullah, hari ini, umum Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media.

Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, lima daripada kes berkenaan iaitu tiga orang lelaki, masing-masing berumur 49, 63 dan 61 tahun, serta dua orang wanita yang berumur 58 dan 73 tahun disahkan sebagai kematian disebabkan oleh COVID-19.

Manakala seorang wanita berumur 62 tahun yang juga mengalami beberapa masalah kesihatan lain, tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19.

Dengan jumlah itu, Negara Brunei Darussalam kini mencatatkan 49 kes kematian disebabkan COVID-19.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -