Wednesday, December 6, 2023
30 C
Brunei

    -

    6 pesawat A380 Super Jumbo M’sia Airlines masih untuk dijual

    SINGAPURA, 14 JUN – Malaysia Avia-tion Group Bhd (MAG) belum membuat sebarang keputusan mengenai status pesawatnya, Airbus A380-800, yang masih untuk dijual, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kapten Izham Ismail.

    Beliau berkata, buat masa ini, kesemua enam pesawat super jumbo itu tidak beroperasi.

    “Kami sedang berunding dengan pembeli berpotensi. Terdapat pertanyaan dan ia kekal sulit,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Festival Penerbangan Asia 2022 di sini, kelmarin.

    Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai status enam buah pesawat A380-800 kumpulan itu. Pada 12 Julai 2021, MAG, syarikat induk penerbangan nasional, Malaysia Airlines, mengeluarkan notis tender kepada pihak yang berminat untuk membeli pesawat A380 dan/atau komponennya.

    Penjualan itu susulan keputusan MAG yang tidak lagi akan menggunakan kumpulan pesawat A380 selepas langkah penstrukturan semula yang selesai dilakukan pada Mac 2021.

    MAG melaksanakan proses hak dalam menilai penyerahan oleh bakal pembida dan menjangkakan dapat menyelesaikan langkah itu pada suku keempat 2021. Manakala itu, unit milik penuh MAG, MAB Pesawat Sdn Bhd diberikan tanggungjawab bagi melaksanakan tender terbuka bagi penjualan pesawat tersebut dan/atau komponennya di mana pihak yang berminat perlu mengemukakan cadangan mereka sebelum 12 Ogos, 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...