6 rumah hangus, 75 mangsa tinggal sehelai sepinggang

MIRI, 1 Jan – Seramai 75 penghuni daripada 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila enam rumah kayu musnah dalam kebakaran besar di Kampung Masjid, Jalan Abang Galau di sini, kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hatta Gobel berkata enam rumah kayu musnah dijilat api manakala enam rumah berhampiran berjaya diselamatkan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku, bomba menghadapi kesukaran memadamkan api kerana faktor angin, rumah struktur kayu dan jarak rumah berdekatan antara satu sama lain,” katanya sambil menambah laluan ke kampung sempit menyebabkan jentera sukar ke kampung itu dengan pantas.

Beliau berkata bomba menerima panggilan pada 10:08 pagi dan api dipadamkan sepenuhnya pada 12:05 tengah hari.

Beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Bintulu telah dimaklumkan supaya bantuan dapat disalurkan dengan segera. – Bernama