Sunday, December 3, 2023
32.1 C
Brunei

    -

    6 terbunuh dalam kebakaran di asrama New Zealand

    WELLINGTON, 16 MEI – Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala kira-kira 20 lagi hilang selepas kebakaran melanda sebuah asrama empat tingkat di Wellington, New Zealand.

    Perdana Menterinya Chris Hipkins mengesahkan kejadian itu di program berita pagi AM tempatan sambil berkata jumlah kematian dijangka meningkat.

    “Ia adalah kejadian yang mengerikan. Dan sudah tentu, akan ada beberapa siasatan tentang apa yang telah berlaku dan mengapa ia berlaku. Tetapi buat masa ini, tumpuan jelas perlu diberikan kepada menangani situasi itu,” katanya seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

    Menjawab laporan bahawa bangunan Loafers Lodge itu tidak mempunyai pemercik bomba, beliau berkata pada masa ini tidak menjadi keperluan untuk bangunan lama dipasang dengan peralatan itu berdasarkan kod bangunan New Zealand.

    Kebakaran dilaporkan berlaku selepas tengah malam dan berjaya dipadamkan sekitar jam 6 pagi waktu tempatan selepas lebih 10 kenderaan bomba dikerah ke tempat kejadian. – Bernama

    Trak bomba beraksi di luar kebakaran di sebuah asrama di tengah-tengah Wellington, New Zealand, hari ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...