6 terlibat buat bahan letupan ditahan
KOTA KINABALU, 28 Jan – Polis Sabah menahan enam individu termasuk seorang wanita disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan bahan letupan dan kakisan menghasilkan bom ikan di sekitar daerah Kota Kinabalu. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata operasi khas itu dijalankan di Kampung Pondo, Pulau Gaya dan di Kampung Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

































