6 warga Perancis terbunuh di Niger

NIAMEY, 10 OGOS – Kumpulan bersenjata yang tidak dikenali membunuh enam pekerja perubatan Perancis dan dua pemandu Niger yang mengunjungi taman hidupan liar di timur ibu kota Niger pada awal pagi kelmarin, kata pihak berkuasa dari kedua-dua negara.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengucapkan takziah dan memberi sokongan kepada keluarga mangsa dalam satu kenyataan.

Macron membuat panggilan telefon dengan Presiden Niger, Mahamadou Issoufou pada petang kelmarin dan kedua-dua ketua negara menekankan bahawa ‘semua cara akan digunakan untuk mencari dalang serangan itu,’ kata kenyataan itu.

Macron dan Issoufou bertekad untuk ‘meneruskan perjuangan melawan kumpulan pengganas’ di wilayah Sahel Afrika.

Serangan itu berlaku di Koure, sebuah taman zirafah Niger, kata Oumarou Moussa, penasihat menteri dalam negeri Nigeria, kepada The Associated Press.

Kawasan ini adalah taman nasional yang dilindungi yang mengandungi tumbuh-tumbuhan lebat dan pohon-pohon tinggi sekitar 70 kilometer dari tenggara ibu negara.– AP