Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    6 warga Sarawak ditipu sindiket pekerjaan

    KUCHING, 25 APRIL – Enam lelaki dari Sarawak didakwa diperdaya sindiket penipuan untuk bekerja di Kemboja, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

    Beliau berkata mangsa yang berusia antara 19 hingga 39 tahun berasal dari Kuching dan Padawan itu kononnya telah ditawarkan dengan gaji yang lumayan.

    “Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa-mangsa telah ditawarkan peluang bekerja di Kemboja oleh ejen pekerjaan.

    “Mangsa kemudian telah pergi ke Kemboja dan setelah berada di sana, mereka berasa telah diperdaya setelah dipaksa melakukan kerja-kerja penipuan melalui panggilan telefon,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

    Beliau berkata susulan itu, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman akan bekerjasama dengan Interpol untuk mengesan mangsa-mangsa dan suspek yang merupakan ejen pekerjaan itu dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...