Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    60 AJK Takmir Masjid Kg Masin dilantik

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Seramai 60 orang ahli jawatankuasa (AJK) baharu Takmir Masjid Kampung Masin telah dilantik semasa Majlis penyampaian sijil-sijil penghargaan AJK Takmir Masjid Kampung Masin sesi 2019-2021, dan surat-surat lantikan AJK sesi 2022-2025, hari ini, di Masjid Kampung Masin.

    Majlis penyampaian sijil-sijil dan surat-surat lantikan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bin Pengiran Haji Hassan selaku tetamu kehormat.

    Atur cara majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Kampung Masin, Awang Jeffry bin Haji Metassim.

    Majlis disusuli dengan tetamu kehormat menyampaikan ucapan tahniah kepada AJK yang baru dilantik dan penghargaan beliau kepada AJK sesi 2019-2021.

    Dalam ucapan, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim antara lain menekankan bahawa pencapaian 60 AJK yang baru dilantik, bukanlah satu kayu ukur untuk mencapai matlamat dan misi masjid. Beliau menyarankan komitmen dan iltizam semua AJK sebagai perkara penting dalam mengimarahkan masjid, terutama dalam merancang dan melaksanakan apa jua aktiviti masjid.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohd Tashim bergambar ramai bersama AJK baharu Takmir Masjid Kampung Masin pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Masin, kelmarin.

    Majlis diteruskan dengan perasmian Projek Amal ‘Memperkasa Masyarakat Kampung Masin’ oleh tetamu kehormat.

    Projek amal tersebut merupakan kerjasama antara AJK Masjid Kampung Masin dan ASEAN Commissioner on Women for Brunei Darussalam yang bertujuan membantu fakir miskin yang terdiri daripada ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) dan penduduk kampung yang tidak mempunyai pekerjaan.

    Taklimat mengenai projek itu turut disampaikan oleh Yang Di-Pertua Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam, Hajah Normah Suria Hayati binti PJDSMDSU Profesor Kehormat (Dr) Haji Awang Mohd Jamil Al-Sufri.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada 17 orang ketua keluarga projek tersebut, diikuti dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat.

    Majlis berakhir dengan bacaan Doa Selamat oleh Imam Masjid Kampung Masin, Haji Zainul Hasramin bin Haji Mohd Hassan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...