Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    60 jemaah sertai bengkel penyembelihan

    Oleh Daniel Lim
    Gambar serahan Pejabat Hal Ehwal Masjid KB

    BELAIT, 26 JUN – Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, dengan kerjasama ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait, telah menganjurkan bengkel penyembelihan di dewan masjid kelmarin.

    Seramai 60 orang yang terdiri daripada pegawai masjid, ahli jawatankuasa takmir masjid dan jemaah masjid dari Daerah Belait telah mengikuti bengkel tersebut. Hadir menyampaikan bengkel ialah Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Haslan bin Haji Shahbudin.

    Bengkel bertujuan memberi kefahaman yang mendalam mengenai hukum-hukum dan kaedah penyembelihan berdasarkan ajaran Islam.

    Di samping itu, para peserta juga berpeluang mengetahui cara-cara penyembelihan menerusi sesi praktikal. Bengkel itu juga diharapkan akan menambah kesedaran serta menarik minat lebih ramai orang untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh masjid.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada para peserta yang disempurnakan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid Daerah Belait, Awang Akup bin Haji Lamat.

    Cara-cara menyembelih ayam turut diajarkan semasa bengkel tersebut.
    Awang Akup ketika menyampaikan sijil kepada peserta bengkel.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan setiap tahun

    CANBERRA, 9 JUN – Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia.           Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis...
    - Advertisment -