60 kes kenaikan harga sejak Februari

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Sebanyak 60 kes kenaikan harga direkodkadan Statistik (JPES) sejak Februari lalu hingga kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah menjelaskan lanjut, 10 kes telah dikenakan denda $500 ke $1,000 manakala itu, pelanggaran pertama akan dikeluarkan surat amaran dan JPES akan terus memantau mereka.

Semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, semalam, Yang Berhormat Dato turut mengongsikan, pada tahun lalu sahaja, 160 aduan telah diterima dan kebanyakan aduan telah diselesaikan dan hanya satu saja yang tidak setuju dengan penilaian JPES dan jika berlanjutan, ia akan dihadapkan ke mahkamah.

“Terdapat juga beberapa kedai runcti didapati telah menaikkan harga bagi barang terawal melebihi harga maksimum,” tambahnya.

Beliau seterusnya menegaskan, tiada ada dasar yang memaksa perniagaan untuk memaparkan harga dalam barangan yang disenaraikan untuk dijual secara dalam talian.

Sehubungan itu, Yang Berhormat Dato menegaskan kepada peniaga untuk memaparkan harga terhadap produk yang dijual dalam talian.

“Manakala bagi perniagaan tidak rasmi yang mengongsikan produk mereka dalam talian juga perlu menunjukkan harga dalam memudahkan menjalankan perniagaan,” jelas Yang Berhormat Dato lagi.