60 lagi kes baharu di Seoul

SEOUL, KOREA SELATAN, 5 JULAI – Korea Selatan telah mencatatkan 60 lagi kes COVID-19 untuk hari ketiga berturut-turut ketika virus itu merebak di Seoul secara lebih meluas.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea mengatakan hari ini bahawa pihaknya telah mengesahkan 61 kes tambahan, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 13,091. Ia mengatakan jumlah kematian kekal Asama pada 283 orang.

Agensi itu mengatakan 43 daripada kes yang baru dilaporkan merupakan warga tempatan sementara 18 yang lain berkaitan dengan kedatangan antarabangsa. Ia mengatakan 41 dari 43 kes itu sama ada dari kawasan metropolitan Seoul atau dua bandar pusat, Gwangju dan Daejeon. – AFP