Friday, September 30, 2022
23.3 C
Brunei

60 pendatang terperangkap di laut

-

BEIRUT, 5 SEPT – Puluhan pendatang Lubnan dan Syria terkandas selama beberapa hari dalam bot tenggelam di Laut Mediterranean telah meminta pengawal pantai Eropah supaya menyelamatkan mereka, berkata dua kanak-kanak telah meninggal dunia.

Kira-kira 60 pendatang memberitahu saudara dan kumpulan sukarelawan dengan telefon satelit bahawa dua kanak-kanak telah terbunuh, dan kumpulan itu tidak mempunyai air, makanan dan susu anak damit sejak tiga hari lalu.

Pendatang Syria dan Lubnan dari wilayah utara miskin berusaha sampai ke Itali untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Mereka meninggalkan Lubnan di luar pantai bandar Tripoli kira-kira 10 hari lalu.

”Mereka cuba mengeluarkan air yang bocor dalam bot dengan baldi,” beritahu adik salah seorang penumpang Syria kepada The Associated Press. Dia meminta namanya tidak disiarkan atas sebab-sebab keselamatan dan disebabkan sesetengah pendatang enggan mendedahkan berita kepada keluarga mereka di rumah. – AP

Gambar fail menunjukkan pendatang ditemui cuba mengadakan perjalanan berisiko melintasi Selat Inggeris. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -