Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    60 peserta hadiri kursus peraturan pencak silat

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seramai 60 peserta yang terdiri daripada 45 jurulatih dan 15 juri pengadil mengambil bahagian dalam Kursus Peraturan Pertandingan Pencak Silat Antarabangsa 2022, anjuran Persekutuan Pencak Silat Kebangsaan Brunei Darussalam (PERSIB) yang diadakan di Sekolah Sukan, Kampung Pulaie, baru-baru ini.

    Presiden PERSIB, Pengiran Haji Abdul Karim bin Pengiran Haji Metassan, juga selaku ahli Jawatankuasa Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) berharap kursus tersebut sedikit sebanyak dapat membantu para peserta untuk memahami lebih mendalam dan juga mengemaskini teknik pencak silat serta peraturannya.

    Kursus tersebut dikendalikan oleh Haji Abdul Rahman bin Haji Mahali, Awang Mohd Ali Rashid bin Haji Mohd Alipah, Awang Mohd Haris bin Haji Mohammad, Haji Jamudin bin Haji Mohd Tahir, Awang Ramlee bin Haji Jaludin dan Awang Mohd Zulkarnain bin Haji Mohd Kula.

    Sementara itu, Awang Mohd Ali Rashid mengongsikan bahawa kursus tersebut bertujuan untuk menyelaraskan peraturan-peraturan pertandingan antarabangsa kepada semua jurulatih dan juri pengadil.

    Menurut Awang Mohd Ali Rashid, kursus berkenaan juga bertujuan untuk memenuhi keperluan pertandingan bersempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada tahun ini.

    Para peserta akan dapat memahami mengenai peraturan dalam pertandingan, berikutan dengan kemaskini peraturan yang telah dilakukan pada April tahun ini. Selain itu, ia juga bertujuan sebagai platform untuk saling bertukar pengetahuan sesama atlet dari daerah masing-masing.

    Kursus tersebut akan diteruskan sehingga Ahad ini, sekali gus diselajurkan dengan sesi latihan dan kemahiran meninjau serta menguji teori juri pengadil. Kursus tersebut akan diakhiri dengan penyampaian sijil dan acara penutup pada 26 Jun.

    Para jurulatih dan juri pengadil yang hadir pada kursus anjuran PERSIB di Sekolah Sukan, baru-baru ini. – Gambar serahan PERSIB.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...