Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    60 terkorban sekolah dibom

    KYIV, 9 MEI – Seramai 60 orang awam terkorban dalam pengeboman sekolah di wilayah Lugansk di timur Ukraine, kata Presiden Volodymyr Zelensky semalam.

    “Semalam (Sabtu) di perkampungan Bilogorivka, wilayah Lugansk, bom dilepaskan Rusia telah mengorbankan 60 individu yang terdiri daripada orang awam.

    “Mereka bersembunyi di bangunan sekolah ketika Rusia melancarkan serangan udara,” kata Zelensky ketika berucap dalam telesidang Sidang Kemuncak G7.

    Sementara itu, Gabenor Lugansk, Sergiy Gaiday memberitahu stesen televisyen berbahasa Rusia, Current Time TV, 60 individu maut di bawah runtuhan selepas ‘bom udara’ meledak sekolah di kampung Sabtu lalu.

    “Berlaku serangan di Bilogorivka dan pertempuran telah berlaku sejak pagi. Saya berharap ada penduduk yang terselamat. Sebaik saja serangan berakhir, kami akan membersihkan runtuhan,” katanya.

    Terdahulu, Gaiday berkata 90 orang berada di kawasan itu ketika serangan udara berlaku dan 27 orang berjaya diselamatkan.

    Kerja menyelamat terpaksa disambung semalam selepas terdapat ancaman serangan baharu.

    Petugas penyelamat turut mengesan mangsa di perkampungan berhampiran, Shepilivka selepas serangan terkena rumah dengan 11 orang berlindung di ruang bawah tanah. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...