KUCHING, 9 Mei – Sebanyak 600 menara telekomunikasi dijangka didirikan di Sarawak selepas 2020 dengan 300 daripadanya kini sedang dibina dari 2019 hingga 2020 bagi menyediakan liputan komunikasi yang efektif.
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pelaksanaan inisiatif digital ekonomi berjalan lancar sejak penubuhan Lembaga Multimedia Sarawak pada November 2017.
“Tiga ratus lagi selepas 2020. Kami menjangka ini akan menurunkan kos ketersambungan yang akan memanfaatkan rakyat dan kos menjalankan perniagaan,” katanya dalam ucapan penggulungan bagi kemente-riannya di persidangan dewan undangan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri berjaya melaksanakan beberapa program untuk memberikan keselesaan kepada rakyat seperti ID Sarawak, identiti digital bersepadu untuk pengguna perkhidmatan dalam talian kerajaan negeri. – Bernama