600 sampel virus diuji

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Negara Brunei Darussalam hari ini mencatatkan sifar jangkitan baharu COVID-19 dan mengekalkan jumlah keseluruhan kepada 187 orang dengan tiga kes masih aktif.

Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan di sini hari ini, kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei 2020 iaitu 301 hari yang lalu, di mana jumlah kes import sejak itu ialah sebanyak 46 kes.

Manakala jumlah orang yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori pula ialah seramai 650 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 13,995 orang.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 600 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 104,055 ujian.

Bagi maklumat lanjut dan perkembangan terkini bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi BruHealth.