6,000 mayat ditemui dalam kubur

NAIROBI, KENYA, 17 FEB – Pihak berkuasa di Burundi berkata mereka telah membuka enam kubur besar-besaran yang mengandungi lebih daripada 6,000 mayat akibat pergolakan yang berlaku beberapa dekad lalu, penemuan terbesar yang pernah dicatat.

Negara Afrika Timur itu telah menggali kubur sedemikian dari era lampau yang termasuk pembunuhan berdasarkan isu perkauman. Ada di antara mereka mengingatkan bahawa kerja-kerja tersebut mungkin sensitif sebelum pilihan raya presiden pada Mei. Suruhanjaya kebenaran dan perdamaian negara berkata kubur terbaharu yang akan digali terletak di tengah wilayah Karusi. Terdapat sekurang-kurangnya 18 kubur seumpama itu. – AP

Pekerja dengan suruhanjaya kebenaran dan perdamaian Burundi menggali kubur di tapak bukit Bukirasazi, wilayah Karusi, Burundi kelmarin. – AP