61 tampil menderma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Kementerian Pertahanan, hari ini, telah mengadakan Kempen Derma Darah yang dianjurkan bersama Unit Tabung Simpanan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Kementerian Kesihatan bertempat di Bolkiah Garison.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, seramai 61 orang anggota kementerian dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) mengikuti kempen pada sebelah pagi berkenaan.

Ia bertujuan untuk memberikan sokongan kepada masyarakat dengan menyumbangkan dan menambahkan simpanan tabung darah negara, di samping menanamkan sifat beramal jariah dan mendidik kepentingan menderma darah untuk menyelamatkan nyawa.

Pemeriksaan dijalankan sebelum menderma darah.