62 pelajar lawat RB

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai 62 orang pelajar dan pegawai dari Sekolah Sukan telah mengadakan lawatan ke premis Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) di Kampus RB, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh RB, semasa lawatan itu, para pelajar telah mendengarkan taklimat kerjaya dan maklumat mengenai topik-topik pilihan seperti permohonan kru kabin dan kriteria bagi pemilihan, syarat persiapan, perkhidmatan dalam penerba-ngan, peralatan perkhidmatan dalam penerbangan, pengendalian khas, produk-produk dan destinasi RB.

Taklimat dianjurkan Bahagian Latihan dan Pembangunan RB dengan kerjasama Bahagian Operasi. Kenyataan menyatakan, lawatan bertujuan melengkapkan para pelajar sekolah berkenaan dengan pengetahuan kerjaya dan pemahaman mengenai perniagaan syarikat penerbangan.

Gambar ramai para pelajar bersama warga RB pada lawatan tersebut.