625 sedang jalani pengasingan diri, tiada kes baharu

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Negara Brunei Darussalam tidak mencatatkan kes jangkitan baharu COVID-19 setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 143 orang dan cuma satu kes yang masih aktif.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya mengenai pengemaskinian status jangkitan COVID-19 di negara ini turut mengongsikan bahawa seramai 625 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan seramai 4,491 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 99 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 48,953 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.