Wednesday, October 9, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    63 pain berjaya dikumpul

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Sebanyak 63 pain darah telah berjaya dikumpul semasa kempen menderma darah di Sekolah Penerbangan, Jalan Utama Berakas yang disertai 100 orang kakitangan dan pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Nakhoda Ragam, kelmarin.

    Kempen berkenaan yang dikendalikan oleh IBTE Kampus Nakhoda Ragam dengan kerjasama Unit Tabung Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) itu dibantu oleh kakitangan kesihatan dari Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS. Tujuan utama kempen tersebut adalah bagi meningkatkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat dalam kalangan kakitangan dan pelajar menerusi aktiviti menderma darah bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.

    Selain itu, kempen tersebut merupakan usaha berterusan sebagai sebahagian daripada inisiatif mereka untuk membantu Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS menambah simpanan darah.

    Antara pelajar dan kakitangan IBTE Kampus Nakhoda Ragam yang menyertai kempen derma darah berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda