Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    63 sertai kempen derma darah

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Seramai 63 orang mengambil bahagian kempen derma darah yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Brunei (MBB) dan dikendalikan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang diadakan di aras bawah Pusat Membeli-belah OneCity, hari ini.

    Kempen yang disertai oleh orang ramai berumur 18 tahun ke atas itu ditaja oleh Pusat Membeli-belah Onecity, Tenten Store, Coffee Bean, Faiha Bakery dan beveragebywafi.

    Penganjuran kempen berkenaan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan yang kini mengalami kekurangan bekalan darah bagi penerima yang memerlukan.

    Ia juga untuk menggalakkan orang ramai menderma darah agar memberikan inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama serta menanamkan sifat beramal jariah dan tanggungjawab sosial.

    MBB dalam kenyataannya mengongsikan bahawa derma darah memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa dan memastikan sistem penjagaan kesihatan yang kukuh dan berdaya tahan.

    Antara pengunjung yang menyertai kempen tersebut di aras bawah Pusat Membeli-belah OneCity.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...