Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    631 sampel disahkan varian Omicron

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 MAC – Dalam tempoh antara 7 Februari hingga 5 Mac, sebanyak 631 sampel daripada 671 sampel yang diuji bagi gene sequencing telah disahkan sebagai varian Omicron manakala selebihnya adalah varian Delta.

    “Di kalangan kes-kes varian Omicron tersebut, 494 adalah kes tempatan dan 137 adalah kes import,” jelas Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Menurut beliau, ia menunjukkan varian Omicron adalah varian utama yang dikesan pada masa ini di Negara Brunei Darussalam.

    “Perkara ini adalah serupa dengan keadaan yang dilaporkan di kebanyakan negara di dunia pada masa sekarang,” tambahnya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...