65 lagi sampel diuji

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Sebanyak 65 lagi sampel telah diuji virus SARS-CoV-2 dalam tempoh 24 jam yang lalu, sekali gus membawa jumlah keseluruhan ujian makmal yang dijalankan sejak Januari 2020 kepada 53,357 ujian.

Sementara itu, setakat 12 tengah hari tadi, tiada kes baharu COVID-19 telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 145 orang, dan terdapat tiga kes yang masih aktif.

Pengemaskinian tersebut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini.

Selain itu, kenyataan itu juga mengongsikan sejumlah 462 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori, manakala sejumlah 5,253 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.