Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

65 mangsa banjir dipindahkan di Paitan, Sabah

KOTA KINABALU, 24 JAN – Seramai 65 orang daripada 16 keluarga di Paitan dipindahkan sehingga 8 malam ini akibat banjir yang melanda daerah itu pada lewat petang tadi.

Jurucakap Jawatankuasa Penguru-san Bencana Negeri Sabah berkata 33 orang daripada sembilan keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Dewan Kampung Kumbambangan dan 32 orang daripada tujuh keluarga di tempatkan di Dewan Kampung Batangon darat.

“Bencana banjir berlaku disebabkan hujan lebat berterusan sejak pagi tadi serta pertembungan air laut dan air sungai di daerah Paitan. Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan malam ini dijangka meningkat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Misran Bisara pula berkata pihaknya menerima laporan kejadian banjir di Kampung Sibaung, Pitas dan kini dalam proses membantu mangsa yang terlibat. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -