65 maut, pemberontak Yaman lancar serangan baharu

DUBAI, 2 SEPT – Seramai 65 askar tempur terbunuh selepas pemberontak Huthi Yaman melancarkan serangan terbaharu di Marib di Yaman, kubu kuat kerajaan di utara yang kaya minyak, kata seorang pegawai tentera, hari ini.

Pemberontak yang disokong Iran telah menyerang tentera prokerajaan di selatan bandar itu, meskipun kehilangan sejumlah anggota akibat serangan udara.

Ia adalah serangan besar pertama Huthi ke atas Marib, kunci untuk mengawal rantau itu, sejak Jun, apabila 111 pejuang dari kedua-dua belah pihak mati dalam masa tiga hari pertempuran.

“Seramai 22 tentera prokerajaan terbunuh dan 50 lagi cedera, manakala 43 pemberontak Huthi juga terbunuh dalam tempoh 48 jam lalu,” kata pegawai tentera kerajaan kepada AFP, yang mana angka itu turut disahkan sumber tentera dan perubatan lain. – AFP