Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    65 pain darah dikutip

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Sejumlah 34 pain darah telah berjaya dikutip pada hari kedua kempen derma darah anjuran Al-Bukhari Textiles, cawangan Aman Hills dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), hari ini.

    Ini membawa jumlah keseluruhan darah yang dikutip dalam kempen dua hari itu kepada 65 pain setelah 31 pain darah dikutip kelmarin.

    Kempen yang diadakan di ruang legar aras bawah kompleks Membeli-belah Aman Hills itu bertujuan untuk membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi terutama sekali pada waktu kecemasan. 

    Ketika ditemui pihak Media Permata, Penolong Penyelia Al-Bukhari Textiles, Dayang Nursyazana binti Yahya menjelaskan bahawa kempen derma darah tersebut diadakan untuk meningkatkan lagi jumlah simpanan darah di samping memupuk kesedaran mengenai kepentingan menderma darah untuk membantu mereka yang memerlukan.

    “Alhamdulillah sambutan pada hari kedua ini sungguh menggalakkan di mana beberapa penderma tiba lebih awal, malahan sebelum kempen ini bermula pada awal pagi tadi,” jelas beliau. Setiap penderma darah yang hadir turut diberikan hadiah cenderahati berupa makanan ringan yang mana sebahagian dan beberapa penderma terawal turut menerima tikar sembahyang yang disumbangkan oleh Al-Bukhari Textiles.

    Antara mengambil bahagian dalam kempen derma darah yang dianjurkan Al-Bukhari Textiles di Kompleks Membeli-belah Aman Hills. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...