Tuesday, November 28, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    65 terima sijil Kursus Asas Pertolongan Cemas

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Seramai 65 orang pelajar Pasukan Kadet Bulan Sabit Merah dari 13 buah sekolah menengah dan kerajaan di negara ini menerima sijil tamat Kursus Asas Pertolongan Cemas pada majlis penutup, hari ini.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat (L3C), Kementerian Pendidikan Lambak Kanan itu dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Beruniform dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut dan seterusnya menyampaikan sijil kepada peserta kursus ialah Pemangku Pengarah, Jabatan Pendidikan Kokurikulum di Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad @ Mohamat.

    Kursus yang berlangsung selama tiga hari bermula 2 hingga 4 Oktober itu antara lain bertujuan memberikan pengiktirafan dan pendedahan kepada ahli-ahli pasukan Kadet Bulan Sabit Merah sekolah sebagai sukarelawan dalam mengendalikan pertolongan awal kecemasan di samping mempersiapkan para ahli kadet dengan kemahiran khusus pertolongan awal kecemasan.

    Awang Julaihi menyampaikan sijil tamat kursus kepada peserta kursus pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna, L3C, Kementerian Pendidikan Lambak Kanan. – Gambar serahan Jabatan Pendidikan Kokurikulum
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih dari 2 minggu, 41 pekerja terowong masih terperangkap

    NEW DELHI, 28 NOV - Pasukan penyelamat di India mula menggali secara manual kelmarin dengan harapan dapat mencapai 41 pekerja binaan yang terperangkap dalam...