Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    66 jalani peperiksaan taekwondo

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Mei – Persatuan Taekwondo Brunei Darussalam (BDTA) mengadakan peperiksaan dan penaikan tali pinggang taekwondo yang berlangsung di Pusat Belia, di sini.

    Peperiksaan itu diselaraskan oleh jurulatih Taekwondo Kebangsaan Brunei Darussalam, Nurul Hannah Abdullah Mateen Kim yang antaranya melibatkan penyertaan 66 peserta dari kelab-kelab taekwondo di negara ini.

    Seramai 39 orang terlibat dengan peperiksaan bagi Dan Pertama, 19 orang bagi Dan Kedua, tiga orang bagi Dan Ketiga, seorang bagi Dan Keempat dan empat orang bagi Dan Kelima. Penilaian dibuat berdasarkan kemahiran poomsae (cirak), pertahanan diri, teknik tendangan, sparing dan pematahan papan. Acara ini merupakan acara tahunan anjuran BDTA dan persatuan tersebut menegaskan tahun ini menunjukkan peningkatan penyertaan golongan muda. Perkembangan positif ini membuka ruang kepada pihak persatuan mengenal pasti peserta-peserta yang berpotensi bagi mewakili negara dalam pelbagai platform penganjuran di kejohanan serantau dan antarabangsa.

    Melalui peperiksaan ini juga, ia bukan sahaja mampu melatih para peserta malahan daripada aspek kejurulatihan dan pengadilan yang sememangnya semakin mendapat permintaan serta berpotensi untuk diperkembangkan. Satu lagi peperiksaan bagi warna tali pinggang diadakan pada 1 hingga 21 Mei 2017 oleh semua kelab taekwondo di negara ini.

    Seramai 66 orang peserta mengikuti peperiksaan dan penaikan tali pinggang taekwando yang dianjurkan oleh BDTA.
    Seramai 66 orang peserta mengikuti peperiksaan dan penaikan tali pinggang taekwando yang dianjurkan oleh BDTA.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda