TUTONG, 3 FEB – Seramai 66 orang murid KG1 hingga KG3 bersama tenaga pengajar dari Sekolah Nurul Falah, Penanjong, Tutong telah membuat lawatan sambil belajar ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Daerah Tutong.
Lawatan yang diketuai oleh Penolong Guru Besar, Dayang Nurul Nasibah binti Haji Abu Bakar itu bertujuan untuk memperkenalkan perpustakaan dan menanam minat membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Semasa lawatan itu, DBP Tutong telah menyediakan berbagai-bagai aktiviti untuk kanak-kanak sekolah tersebut seperti penerangan dan memperkenalkan perpustakaan, mewarna Lukisan dan berkomunikasi bersama pustakawan.





























