Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    66 pukulan beri Hadwin peluang mendahului Terbuka AS

    BROOKLINE, AMERIKA SYARIKAT, 17 JUN – Adam Hadwin dari Kanada melakukan pukulan empat-bawah par 66 untuk mendahului satu pukulan dalam pusingan pertama di Terbuka AS, kelmarin.

    Hadwin membuat lima birdie pada enam lubang terakhir di sembilan lubang untuk merebut pendahuluan dan sebelum itu telah membuat satu birdie, satu bogey dan tujuh pukulan par.

    Dalam kejohanan tersebut, Hadwin terlepas peluang membuat pukulan par ke lubang untuk bogey ke lubang ketiga, kemudian membuat lima daripada enam birdie, meletakkan bolanya antara jarak dua dan empat kaki pada lubang tetapi meletakkannya pada par ketiga lubang keenam serta melakukan birdie di setiap peluang yang ada untuk mendahului empat-bawah-par.

    Dia kekal mendahului dengan satu pukulan pada lubang ke-10 dan membuat bogey pada lubang ke-12 dengan birdie pada pukulan ke-13 dan meraih par.

    Hadiwn, 34, satu pukulan mendahului juara utama empat kali, Rory McIlroy dari Ireland, David Lingmerth dari Sweden, Joel Dahmen dari AS, Callum Tarren dari England dan M. J. Daffue pula dari Afrika Selatan. – AFP

    Reaksi Adam Hadwin selepas membuat pukulannya semasa pusingan pertama dalam kejohanan Terbuka AS di Brookline, Massachusetts. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...