665 sedang jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OGOS – Tidak ada kes baharu jangkitan COVID-19 dicatatkan di Negara Brunei Darussalam setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kekal seramai 144 orang dengan dua kes yang masih aktif.

Pengemaskinian status tersebut telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

Selain itu, Kementerian Kesihatan juga mengongsikan bahawa seramai 665 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan 4,624 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020. Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 357 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 50,693 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.