Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    67 mualaf tamat skim bimbingan lanjutan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 67 orang mualaf perempuan terdiri daripada 22 orang dari Daerah Brunei dan Muara, 18 dari Daerah Tutong, sembilan dari Daerah Belait dan 18 dari Daerah Temburong telah berjaya menamatkan Skim Bimbingan Lanjutan I (Perempuan) Siri ke-106 bagi Mualaf dan menerima sijil pada majlis penutup yang berlangsung di Dewan Maui’zzah, Bangunan Darul Huda, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sijil kepada para peserta ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.

    Skim bimbingan lanjutan anjuran PDI melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Tarbiyah Mualaf) itu telah diadakan selama 14 hari, 1 hingga 16 Jun secara serentak di keempat-empat daerah.

    Antara objektifnya adalah untuk memberikan bimbingan kepada mualaf dalam meningkatkan dan menghalusi lagi ilmu pengetahuan agama Islam terutama bidang ibadat sembahyang, akidah dan akhlak serta mata pelajaran seperti Tauhid, Fiqh Solat, Fiqh Haji, Fiqh Munakahat, Tasawwuf, Muqaddam, Amali, Sejarah Islam dan Kefahaman Keluarga.

    Dalam usaha menjaga dan memelihara kemaslahatan mualaf, PDI juga menyediakan beberapa program bimbingan khusus untuk mualaf seperti Bimbingan Pengenalan Islam, Program Lawatan Tarbiyah Mualaf, Skim Bimbingan Asas, Skim Bimbingan Lanjutan I serta Skim Bimbingan Lanjutan II.

    Para mualaf juga boleh mengikuti Kelas Bimbingan Mualaf pada setiap Jumaat bagi Daerah Brunei dan Muara dan seminggu sekali mengikut jadual yang telah disediakan bagi Daerah Tutong, Belait dan Temburong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...