67 sertai kursus latihan bomba

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Jun – Seramai 67 orang anggota bomba tempatan Hengyi termasuk kakitangan sokongan telah berlepas ke China bagi mengikuti kursus latihan bomba di Puyang, Henan.

Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar ialah Ketua Pegawai Eksekutif Hengyi Industries Sdn Bhd, Chen Lian Cai. Anggota bomba berkenaan dijangka berada di China selama dua hingga tiga bulan.

Menurut kenyataan yang diberikan, latihan berkenaan bermatlamat untuk melahirkan anggota bomba berkelayakan, memahami industri petrokimia dan ciri-cirinya, memahami persekitaran dan senario penghapusan kecemasan petrokimia dan membangunkan keupayaan tindak balas kecemasan awal yang komprehensif bagi respons kecemasan.

Menerusi latihan berkenaan, anggota bomba berkenaan akan dapat menguasai proses kecemasan petrokimia dan kemahiran menyelamat.

Chen Lian Cai bergambar ramai bersama 67 anggota bomba tempatan Hengyi sebelum berlepas ke Puyang, Henan, China, kelmarin.