Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    671 lagi budak terima vaksin

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Sebanyak 671 dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin dos pertama kepada 8,239 dos iaitu 19.2 peratus daripada kanak-kanak di dalam kumpulan umur tersebut.

    Sementara itu, liputan bagi penduduk negara ini yang telah menerima tiga dos vaksin adalah pada kadar 62.5 peratus kelmarin.

    Perkara itu telah dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    “Sebahagian daripada pemberian vaksin ini telah disalurkan melalui perkhidmatan Klinik Vaksinasi COVID-19 Bergerak yang pada masa ini masih dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan di mana sebanyak 5,654 dos telah diberikan sejak perkhidmatan tersebut bermula pada 11 Oktober 2021,” kata Yang Berhormat Dato.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyarankan kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan itu untuk berhubung terus dengan ketua kampung masing-masing yang akan menghubungi pihak Kementerian Kesihatan bagi urusan seterusnya.

    Menurutnya lagi, permintaan orang ramai akan diberikan mengikut giliran.

    Sebanyak 8,239 dos atau 19.2 peratus daripada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah mendapatkan dos pertama vaksin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...