69,696 individu terima dos penggalak di Sabah

KOTA KINABALU, 23 NOV – Seramai 69,696 populasi dewasa di Sabah telah menerima dos penggalak vaksin COVID-19 setakat ini, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata pihaknya optimis jumlah itu akan meningkat dan berharap lebih ramai individu dewasa yang layak menerima suntikan dos penggalak untuk tampil berbuat demikian.

Menurutnya, penerima vaksin Pfizer boleh mengambil dos penggalak selepas enam bulan lengkap divaksinasi manakala penerima vaksin Sinovac pula selepas tiga bulan menerima suntikan kedua. – Bernama