698 jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 OGOS – Seramai 698 orang kini sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan 4,293 orang lagi telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Sementara itu, setakat pukul 12 tengah hari ini, tiada kes jangkitan COVID-19 baharu telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 142 orang, Kementerian Kesihatan memaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Manakala itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 447 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 47,844 ujian.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai bolehlah melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.