Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    6ixth Sense keluar dari pertapaan

    Dua tahun menyepi tanpa produk, band popular, 6ixth Sense tampil dengan semangat baharu.

    Vokalisnya, Adi Priyo berkata, bulan ini adalah detik permulaan yang sangat dinanti-nantikan kumpulannya selepas lama mencari waktu tepat untuk keluar dari ‘pertapaan’.

    Mempertaruhkan single terbaharu bertajuk Tremendous, 6ixth Sense sengaja menggunakan Bahasa Inggeris dalam lagu yang mengangkat kisah persahabatan yang cukup akrab hingga sanggup berkorban.

    “Tremendous berkait rapat dengan perjalanan 6ixth Sense dan persahabatan kami selama 17 tahun iaitu dengan segala liku-liku yang kami lalui.

    “Semua itu adalah faktor kami melancarkan single Tremendous ini. Lagu ini adalah cerminan kepada persahabatan kami selama ini.

    Selepas dua tahun menyepi, kumpulan 6ixth Sense kembali dengan single terbaharu bertajuk Tremendous. – Agensi

    “Single ini juga menjadi lagu semangat bagi semua pencinta muzik dan peminat setia,” katanya media.

    Single Tremendous dihasilkan sendiri Adi bersama Nawfas, Yoya, Athan dan anggota baharu, Harry. Harry menyertai 6ixth Sense selepas Gjie mengundurkan diri pada September 2020.

    Berkongsi lanjut mengenai hala tuju muzik 6ixth Sense yang sudah berubah, Adi menjelaskan, apa yang dilakukan bukanlah eksperimen.

    “Tetapi sebagai maksud kumpulan ini sudah dewasa. Kami sudah lama bergelumang dengan genre ini sejak Sebait Hati yang dihasilkan pada 2019.

    “Dengan kedewasaan kami dalam bermuzik kali ini, kami ingin menyajikan kelainan ketika menyampaikan lagu yang penuh dengan semangat muda, persahabatan dan pengorbanan,” katanya.

    Dengan kemunculan Tremendous, Adi berharap single itu mampu memeriahkan industri muzik tempatan yang terganggu ekoran pandemik COVID. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    2 ditahan lepaskan tembakan ke rumah bintang Bollywood

    AHMEDABAD, 16 APRIL – Dua anggota kumpulan penjenayah terkenal ditahan polis India hari ini kerana melepaskan tembakan ke arah rumah pelakon Bollywood, Salman Khan...