TUTONG, 28 Ogos – Tujuh orang ahli Kumpulan Berbasikal Ekspedisi Sukarelawan Tutong (BEST) telah menyertai Fun Ride Konvokesyen Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri 2017 yang diadakan di institut berkenaan, kelmarin.
Mereka yang menyertai acara berkenaan ialah Pengerusi Kumpulan BEST, PW1(B) Haji Aminudin bin Haji Abdul Karim, Awang Sameon bin Haji Jaya, Haji Murni bin Haji Jumaat, SSjn (B) Hassim bin Muhiddin, PW2 (B) Mansor bin Majid, PW1 (B) Mat Said bin Sambio dan PWI (B) Hifni bin Mohammad.
Menurut laporan daripada PW1 (B) Haji Aminudin selaku ketua ahli, ahli-ahli BEST telah mengikuti kayuhan sejauh 33km yang bermula dan berakhir di ILP.
Fun Ride Konvokesyen ILP Miri 2017 itu dianjurkan oleh ILP Bandar Baru Permyjaya bersempena majlis konvokesyen yang adakan diadakan bulan ini.
Beliau menjelaskan, penyertaan ahli-ahli Kumpulan BEST di negara jiran bukanlah kali pertama “Insya-Allah ahli-ahli BEST akan mengikuti kayuhan basikal ‘Labuan FSA Fellowship Ride’ di Labuan pada 22 Oktober ini nanti,” tambahnya.