Saturday, January 25, 2025
26.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 banduan mati ketika cuba lolos

    YANGON, 16 MAC – Tujuh banduan maut dan 12 lagi cedera ketika cuba meloloskan diri dari sebuah penjara di Myanmar, menurut kenyataan pihak berkuasa negeri.

    Seramai 50 banduan kelmarin bertindak menahan tiga tebusan termasuk ketua pengarah penjara, U Kyaw Thu, lapor Xinhua.

    U Kyaw Thu berjaya melepaskan diri dengan memanjat menara kawalan dan menggesa banduan membebaskan kedua-dua tebusan serta kembali ke sel masing-masing.

    Bagaimanapun, gesaan U Kyaw Thu tidak diendahkan menyebabkan beliau terpaksa melepaskan beberapa das tembakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda