Friday, March 24, 2023
26.3 C
Brunei

-

7 cedera dalam insiden tembakan

WASHINGTON, 1 OGOS – Tujuh orang cedera dalam satu kejadian tembakan di pusat bandar Orlando, Florida, awal pagi kelmarin, lapor Xinhua, memetik polis.

Ketua Polis Orlando Eric Smith memberitahu pemberita bahawa tembakan tercetus susulan pergaduhan di kawasan Wall Street Plaza dan South Orange Avenue pada kira-kira pukul 2 pagi ketika bar dan restoran sedang ditutup.

Seorang penembak yang tidak dikenali mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai, mencederakan tujuh mangsa. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -